Showing posts with label Tugasan. Show all posts
Showing posts with label Tugasan. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Friday, June 1, 2012

Status penerimaan Tugasan 1 & Tugasan 2

<
Status penerimaan Tugasan 1 & Tugasan 2

Status penerimaan pada 1 Jun 2012 jam 12.30pm. Semak folder nama masing-masing dalam rajah di atas.

Sekiranya saya tidak menerima apa-apa email/makluman sehingga 12.00 pm 3 Jun 2012 Ahad ini, saya anggap pelajar tersebut tidak menghantar tugasan mereka dan tiada markah akan diberi.

Thursday, May 31, 2012

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email


Email adalah sama dengan surat. Perbezaannya adalah masa penghantaran di mana email boleh dihantar terus malah boleh diterima terus oleh penerimanya sebaik sahaja penulis atau pengantar email menekan butang “hantar”.


Boleh dikatakan dalam setiap kelas saya, perkara yang sama iaitu cara-cara yang betul menghantar email saya ingatkan kepada semua pelajar. Malah dalam blog ini juga saya telah membuat posting mengenai etika email. Boleh rujuk di sini.


Ramai pelajar yang mebuat kesilapan pertama kali tapi membaikinya apabila ditegur. Tetapi ada juga yang masih tidak faham-faham sehingga selesai dan tamat silibus diajar.


Tugasan terakhir ini ialah semua pelajar dikehendaki membaca posting berkaitan etika email dan menghantar email kepada saya memaklumkan mereka telah membacanya.


Email tersebut mestilah mengikut format berikut:


1. Subject mesti ditulis (contoh Etika email)

2. Isi kandungan (Hanya tulis - "Saya sudah baca artikel berkenaan").

3. Diakhiri dengan nama sebenar, no matrik dan OSH berapa.


Tarikh akhir ialah sebelum 5 Mei 2012. Hantar ke lukmanw@uum.edu.my

Tuesday, March 20, 2012

BSMH3083 TUGASAN 1 INDIVIDU


Muat turun di sini untuk tajuk lengkap

BSMH3083 TUGASAN 1 INDIVIDU - final update 26 Mac 2012 Isnin jam 6.00pm

Berikut adalah tajuk-tajuk pilihan tugasan yang terdiri dari tokoh-tokoh OSH, tragedi berkaitan, jenis-jenis hazard ataupun kata kunci. Satu tajuk untuk seorang pelajar sahaja. Tajuk yang sudah dipilih oleh pelajar, tidak boleh dipilih lagi oleh pelajar lain. Sila emailkan (kepada lukmanw@uum.edu.my), no./tajuk pilihan pertama dan no./tajuk pilihan kedua. Jika tajuk pilihan pertama sudah dipilih, pelajar akan diberi tajuk pilihan kedua.

Tugasan hendaklah mengikut format berikut;

1. Helaian pertama hanya memuatkan Kod dan Nama Subjek (BSMH3083 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan I), Nama Kumpulan (Group B), Nombor Matrik dan Nama Pelajar serta Tajuk Tugasan.
2. Helaian terakhir memuatkan bahan-bahan rujukan (mengikut Format APA) iaitu sekurang-kurang dua jurnal dan satu buku.
3. Jumlah patah perkataan ialah antara 1,000 perkataan dengan anggaran lima mukasurat saiz A4 dengan selang 1 ½ baris.
4. Tugasan hendaklah diemailkan (kepada lukmanw@uum.edu.my), bersertakan salinan jurnal yang dirujuk.
5. Tajuk yang sudah dipilih tidak boleh ditukar.
6. Tarlh akhir tugasan ialah 15 April 2012.

Sunday, February 26, 2012

Tugasan No. 0


Tugasan No. 0

1. Perlu lantik atau sukarela seorang untuk menjadi Ketua/Wakil Kelas.
2. Semua pelajar hendaklah memberikan nombor telefon dan alamat email masing-masing kepada Ketua/Wakil Kelas yang dilantik/sukarela.
3. Ketua/Wakil Kelas mengumpulkan semua nombor telefon dan alamat email pelajar dengan menggunakan template (
muat turun di sini), seterus emailkan kepada saya.
4. Semua pelajar dikehendaki emailkan kepada saya gambar potrait sendiri sama ada diambil dari portal ataupun gambar lain bersaiz passport. Namakan file jpeg/jpg tersebut dengan No. Matriks diikuti Nama Sendiri.

Terima kasih.

LUKMAN BIN WAN MAT DAUD