Thursday, May 31, 2012

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email


Email adalah sama dengan surat. Perbezaannya adalah masa penghantaran di mana email boleh dihantar terus malah boleh diterima terus oleh penerimanya sebaik sahaja penulis atau pengantar email menekan butang “hantar”.


Boleh dikatakan dalam setiap kelas saya, perkara yang sama iaitu cara-cara yang betul menghantar email saya ingatkan kepada semua pelajar. Malah dalam blog ini juga saya telah membuat posting mengenai etika email. Boleh rujuk di sini.


Ramai pelajar yang mebuat kesilapan pertama kali tapi membaikinya apabila ditegur. Tetapi ada juga yang masih tidak faham-faham sehingga selesai dan tamat silibus diajar.


Tugasan terakhir ini ialah semua pelajar dikehendaki membaca posting berkaitan etika email dan menghantar email kepada saya memaklumkan mereka telah membacanya.


Email tersebut mestilah mengikut format berikut:


1. Subject mesti ditulis (contoh Etika email)

2. Isi kandungan (Hanya tulis - "Saya sudah baca artikel berkenaan").

3. Diakhiri dengan nama sebenar, no matrik dan OSH berapa.


Tarikh akhir ialah sebelum 5 Mei 2012. Hantar ke lukmanw@uum.edu.my

3 comments:

  1. hi..sir...mean that we need to an assignment about the etika email?

    ReplyDelete
  2. Hi Stephanie

    Just reply and write "Saya sudah baca artikel berkenaan".

    ReplyDelete
  3. nie mesti kes ramai yg salah hantar email lagi..
    maafkan kami en lukman..

    ReplyDelete