Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Friday, June 1, 2012

Status penerimaan Tugasan 1 & Tugasan 2

<
Status penerimaan Tugasan 1 & Tugasan 2

Status penerimaan pada 1 Jun 2012 jam 12.30pm. Semak folder nama masing-masing dalam rajah di atas.

Sekiranya saya tidak menerima apa-apa email/makluman sehingga 12.00 pm 3 Jun 2012 Ahad ini, saya anggap pelajar tersebut tidak menghantar tugasan mereka dan tiada markah akan diberi.

Thursday, May 31, 2012

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email


Email adalah sama dengan surat. Perbezaannya adalah masa penghantaran di mana email boleh dihantar terus malah boleh diterima terus oleh penerimanya sebaik sahaja penulis atau pengantar email menekan butang “hantar”.


Boleh dikatakan dalam setiap kelas saya, perkara yang sama iaitu cara-cara yang betul menghantar email saya ingatkan kepada semua pelajar. Malah dalam blog ini juga saya telah membuat posting mengenai etika email. Boleh rujuk di sini.


Ramai pelajar yang mebuat kesilapan pertama kali tapi membaikinya apabila ditegur. Tetapi ada juga yang masih tidak faham-faham sehingga selesai dan tamat silibus diajar.


Tugasan terakhir ini ialah semua pelajar dikehendaki membaca posting berkaitan etika email dan menghantar email kepada saya memaklumkan mereka telah membacanya.


Email tersebut mestilah mengikut format berikut:


1. Subject mesti ditulis (contoh Etika email)

2. Isi kandungan (Hanya tulis - "Saya sudah baca artikel berkenaan").

3. Diakhiri dengan nama sebenar, no matrik dan OSH berapa.


Tarikh akhir ialah sebelum 5 Mei 2012. Hantar ke lukmanw@uum.edu.my

Monday, April 16, 2012

Mid Semester Exam

Mid Semester Exam
23 April 2012 Monday
3.30pm - 5.00pm
DKG 2/3

Topics: Chapter 1 - Chapter 6

Saturday, March 3, 2012

How to send a proper email



Click image to enlarge


How to send a proper email

Please follow as above recommendation. Please identify yourself when sending me sms too.

Download here and here for related articles.

Lukman Bin Wan Mat Daud

Sunday, February 26, 2012

Tugasan No. 0


Tugasan No. 0

1. Perlu lantik atau sukarela seorang untuk menjadi Ketua/Wakil Kelas.
2. Semua pelajar hendaklah memberikan nombor telefon dan alamat email masing-masing kepada Ketua/Wakil Kelas yang dilantik/sukarela.
3. Ketua/Wakil Kelas mengumpulkan semua nombor telefon dan alamat email pelajar dengan menggunakan template (
muat turun di sini), seterus emailkan kepada saya.
4. Semua pelajar dikehendaki emailkan kepada saya gambar potrait sendiri sama ada diambil dari portal ataupun gambar lain bersaiz passport. Namakan file jpeg/jpg tersebut dengan No. Matriks diikuti Nama Sendiri.

Terima kasih.

LUKMAN BIN WAN MAT DAUD

SALAM PENGENALAN


SALAM PENGENALAN

Assalam, Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar Group B.

Pada Semester 2, Semester Februari 2011/2012 ini, saya mengajar subjek BSMH3083 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan I untuk Group B dan subjek BSMH3183 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan II untuk Group B.

Untuk makluman, semenjak menyertai UUM sebagai ahli akademik pada tahun 2007, inilah kali pertama saya mengajar pelajar Undergraduate. Sebelum ini saya hanya mengajar pelajar Postgraduate dalam beberapa subjek OSH untuk program Msc. OSH Management di Kuala Lumpur, Prai dan Miri.

Sebelum menyertai UUM, saya adalah pengamal OSH (pratictioner) selama hampir 20 tahun. Antara jawatan dan organisasi yang saya pernah jawat dan sertai ialah;

1. Facilities/Safety, Health & Health Manager di Tasek Cement Ipoh (2006-2007);
2. Facilities/Environment, Health & Safety Senior Engineer di Celestica (M) Sdn Bhd Kulim Hi-tech Park (2004-2006);
3. Industrial Engineering/Environment, Safety & Health Engineer di Silverstone Berhad Taiping (1990-2004)

Saya berkelulusan B.Engr. (Hons), Mechanical Engineering dari USM dan M. Industrial Safety Management dari UKM. Sekarang saya sedang mengikuti secara sambilan program PhD di UKM.

Saya juga adalah seorang pegawai berdaftar dengan DOSH (Department of Occupational Safety and Health) sebagai Safety and Health Officer (SHO) dan berdaftar dengan AELB (Atomic Energy Licensing Board) sebagai Radiation Protection Officer (RPO). SHO dan RPO adalah dua jawatan yang diwajibkan mengikut perundangan sedia ada kepada organisasi yang berkenaan.

BLOG BSMH3083

Blog BSMH3083 ini adalah khusus untuk pelajar Group B dengan bermatlamatkan “paperless environment” dan sebagai sumber rujukan. Insya-Allah saya akan memastikan semua bahan pembelajaran untuk subjek BSMH3183 dimuatkan dalam blog ini. Blog ini akan cuba dikemaskini sekerap mungkin dan terdapat ruangan column yang masih dalam proses pembinaan.

Semoga blog dapat dimanfaatkan semua pelajar.

LUKMAN BIN WAN MAT DAUD