Thursday, May 31, 2012

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email

Tugasan Terakhir – latihan menghantar email


Email adalah sama dengan surat. Perbezaannya adalah masa penghantaran di mana email boleh dihantar terus malah boleh diterima terus oleh penerimanya sebaik sahaja penulis atau pengantar email menekan butang “hantar”.


Boleh dikatakan dalam setiap kelas saya, perkara yang sama iaitu cara-cara yang betul menghantar email saya ingatkan kepada semua pelajar. Malah dalam blog ini juga saya telah membuat posting mengenai etika email. Boleh rujuk di sini.


Ramai pelajar yang mebuat kesilapan pertama kali tapi membaikinya apabila ditegur. Tetapi ada juga yang masih tidak faham-faham sehingga selesai dan tamat silibus diajar.


Tugasan terakhir ini ialah semua pelajar dikehendaki membaca posting berkaitan etika email dan menghantar email kepada saya memaklumkan mereka telah membacanya.


Email tersebut mestilah mengikut format berikut:


1. Subject mesti ditulis (contoh Etika email)

2. Isi kandungan (Hanya tulis - "Saya sudah baca artikel berkenaan").

3. Diakhiri dengan nama sebenar, no matrik dan OSH berapa.


Tarikh akhir ialah sebelum 5 Mei 2012. Hantar ke lukmanw@uum.edu.my

Wednesday, May 30, 2012

Assignment 2 Status 30 Mei 2012 jam 9pm

Assignment 2 Status 30 Mei 2012 jam 9pm

Jika tiada folder nama anda bermakna saya tidak/belum menerima Tugasan 2 anda.

Rujuk juga posting di bawah - masih ada yang belum hantar Tugasan 1.

Lukman Bin Wan Mat Daud

Tuesday, May 29, 2012

Acknowledgement Assignment 1 & 2

 Tugasan 1
Tugasan 2


Acknowledgement Assignment 1 & 2


Status pada 29 Mei 2012 jam 11.00 am. Kepada pelajar yang tiada nama (tiada folder) seperti di dalam gambar di atas, diminta menghantar dengan segera tugasan masing-masing untuk diberi markah. Tugasan yang dihantar selepas 31 Mei 2012 tidak akan diterima.

Lukman Bin Wan Mat Daud